Tel / Whatsapp HQ : +60122484500
Home / Info Produk /

BTrusUp – Atasi Lemah Ereksi

BTrusUp
  • Harga 1 botol : RM95 (SM)/ RM100 (SS)
  • Ahli Smart Partner Silver (SPS) ➡➡ LOGIN untuk beli dan dapatkan produk PERCUMA.
  • NOTA : Anda belum menjadi ahli Smart Partner Silver (SPS)? Anda boleh membuat belian produk dengan Smart Partner Gold (SPG) atau di Kiosk. 
btrusup-testosterone
BTRUS-UP Untuk Lelaki Sahaja
KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BTRUSUP / ADVANTAGES OF BTRUSUP 

FUNGSI UTAMA BTRUSUP


1. Bantu merawat masalah lemah tenaga batin.
2. Bantu merawat masalah lemah ereksi ketika "mendayung"
3. Bantu merawat masalah tiada rangsangan.
4. Bantu merawat masalah mati pucuk.
5. Memulihkan gangguan PATAH LAYAR.

MAIN FUNCTION OF BTRUSUP


1. Help treat erectile dysfunction.
2. Help treat weak erection.
3. Help treat no stimulation.
4. Help treat impotence.

Cara Pengambilan/ Serving Direction :

Setiap hari : Makan 1 biji kapsul selepas sarapan dan 1 biji kapsul selepas makan malam.
Everyday
: Consume 1 capsule after breakfast and 1 capsule after dinner.
  • Supplement yang membantu menggalakkan perjalanan darah ke dalam organ sulit lelaki tanpa memberi kesan mempercepatkan kadar denyutan jantung, rasa gementar, cepat letih dan membolehkan ereksi menjadi lebih lama dan selesa.
  • Menghilangkan kelesuan, keletihan, menambah tenaga dan stamina.
  • Meningkatkan ereksi ketika hubungan intim dan ereksi bertahan lama.
  • Memberi rangsangan seksual dan memulihkan tenaga batin.
  • Mengelakkan diabetis, darah tinggi, kolesterol dan gangguan di pinggang.
  • Menambah kualiti dan kuantiti sperma secara semulajadi
  • Supplement that helps promote blood flow to the male organ hard without affecting speed up heart rate, nervousness, fatigue and allows an erection to last longer and comfortable.
  • Eliminate fatigue, fatigue, increase energy and stamina.
  • Improve erection during intercourse and erection last long.
  • Provide sexual stimulation and restore libido
  • Prevent diabetes, high blood pressure, cholesterol and harassment at the waist.
  • Increase the quality and quantity of sperm naturally
BPH juga dikaitkan dengan mati pucuk atau Erektil Disfungsi (ED) dan kegagalan fungsi Ejakulasi (EJD). Kesukaran ini boleh menjejaskan hubungan kelamin dan selain kemurungan serta hilang rasa keyakinan. (Petikan artikel Harian Metro) / BPH is also associated with impotence or Erectile Dysfunction (ED) and Premature failure (EJD). This difficulty can affect gender relations and besides depression and lost a sense of confidence. (The article Harian Metro)
Dr Chua Chong BengPakar Runding dan Bedah Urologi
Testimoni BTrusUp
BPH-Benign-Prostatic-Hyperplasia-Kelenjar-Prostat-Bengkak
DISYORKAN < PRODUK GABUNGAN > UNTUK PRESTASI TINGGI

Gabungan BtrusUp dan Nig-B / Combination of BtrusUp and Nig-B

Untuk bantu suami lebih keras dan tahan lama.
For husband more durable during intimate.
btrusup-testosterone
nigb-krimlelaki-keras-lama

Gabungan BtrusUp, Love-B dan Catu-B / Combination of BtrusUp, Love-B and Catu-B

Untuk meningkatkan hormon testosteron lelaki.
To increase the male testosterone hormone.
btrusup-testosterone
loveb-testosterone
catub-lelaki

PETIKAN AKHBAR / PAPER CUTTING

BPH-harian-metro
Dr Hemanth menasihatkan supaya lelaki yang mengalami gejala awal BPH segera mendapatkan rawatan sebelum berlaku kompilasi teruk.
CREDIT : HARIAN METRO - Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 12:33 PM
HARIAN METRO - KENALI SIMPTOM PEMBENGKAKAN PROSTAT.

Oleh Hajahfarhana Tarmudi
[email protected]

Memang kurang selesa apabila berasakan pundi kencing masih penuh walaupun baru selesai ke tandas untuk membuang air kencing. Lebih memenatkan apabila kerap kali berulang ke tandas untuk membuang air kecil terutama pada waktu malam menyebabkan rasa mengantuk kerana kurang tidur pada keesokan harinya.

Ia sedikit sebanyak menyebabkan kualiti dan produktiviti kerja atau rutin harian terganggu kerana berasa terlalu letih serta mengantuk di siang hari yang membuatkan individu itu berasa tertekan.

Menurut Pakar Runding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Hemanth Kumar Ramasamy, keadaan berkenaan boleh berlaku mungkin disebabkan masalah benign prostatic hyperplasia (BPH).

“BPH adalah keadaan pembesaran kelenjar prostat yang boleh mengganggu pengaliran air kencing akibat sekatan uretra. Kelenjar prostat sangat unik kerana ia boleh membesar secara perlahan-lahan apabila lelaki meningkat dewasa.

“Menjadi kebiasaan kelenjar prostat membengkak apabila lelaki meningkat umur. Keadaan ini dikenali sebagai pembengkakan prostat yang bukan kanser.

“Hingga ke hari ini, sebab berlaku pembengkakan prostat masih tidak diketahui dan difahami sepenuhnya, tetapi ia biasanya berlaku kepada lelaki yang berumur 60 tahun ke atas,” katanya.

Pembesaran saiz prostat boleh mula berlaku secara perlahan-lahan apabila lelaki itu memasuki usia 40 tahun disebabkan hipersensitiviti kepada testosteron. Sepanjang hidup, lelaki menghasilkan hormon testosteron dan dipercayai hormon dihydrotes-tosterone (DHT), satu bahan yang berasal daripada testosteron di dalam kelenjar prostat yang menyebabkan ia membengkak.

Selaras dengan peningkatan usia, lelaki terus mengeluarkan dan mengumpul paras DHT yang tinggi dalam prostat. Pengumpulan DHT ini menggalakkan pertumbuhan sel prostat dan menyebabkan pembengkakan prostat.

Prostat adalah satu kelenjar yang menjadi sebahagian kepada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar ini terdiri daripada dua lobar (lobes) yang diselaputi satu lapisan tisu luar.

Ia terletak di hadapan rek­tum dan di bawah pundi kencing yang menyimpan urin. Prostat juga mengelilingi uretra, satu saluran urin dialirkan keluar dari badan.

“Apabila pembesaran saiz prostat berlaku, ia memberi tekanan kepada pundi kencing dan uretra hingga mencetuskan gejala membabitkan pembuangan air kencing.

“Simptom pembengkakan prostat berpunca daripada penyumbatan saluran kencing dan kehilangan fungsi pundi kencing secara beransur. Ini akhirnya menyebabkan pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya,” katanya.

Ujarnya, gejala pembengkakan prostat adalah pelbagai. Saiz kelenjar prostat tidak semestinya menunjukkan masalah penyumbatan atau gejala yang teruk, tetapi kebanyakannya membabitkan perubahan dalam pembuangan air kencing.

Antara masalah yang biasa dihadapi:

1. Aliran yang tidak lancar, tersekat-sekat dan perlahan.

2. Tidak tertahan hendak kencing dan meleleh atau menitis.

3. Kencing kerap terutama waktu malam.

Walaupun ia masalah biasa dialami lelaki ketika berusia 60 tahun ke atas (setiap individu berlainan), namun 60 peratus daripadanya yang mengalami pembengkakan prostat boleh menyebabkan komplikasi yang membimbangkan jika tidak mendapat rawatan dengan segera selepas mengalami gejala ringan seperti yang dinyatakan di atas.

Seseorang yang ada pembengkakan prostat mungkin tidak mempunyai simptom sehingga dia mendapat retensi urin akut. Retensi urin akut adalah keadaan urin langsung tidak boleh mengalir keluar yang berpotensi meningkatkan risiko kerosakan kepada buah pinggang.

“Retensi urin dan tekanan pada pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, kerosakan pundi kencing atau buah pinggang, batu karang dan inkontinen.

“Selain itu, lelaki yang mengalami masalah ini juga berpotensi mendapat hematuria yang menyebab­kan air kencing berdarah. Walaupun ia dibimbangi boleh menyebabkan kanser prostat, hanya kurang daripada lima peratus pesakit mengalaminya.

“Disebabkan itu, apabila lelaki mengalami gejala yang dinyatakan tadi, segera dapatkan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan komplikasi yang lebih buruk.

“Jika pundi kencing sudah rosak, rawatan pembengkakan prostat mungkin tidak berkesan. Justeru, penting untuk kita memberitahu doktor mengenai masalah pembuangan air kecil yang dialami untuk mendapatkan rawatan dengan segera,” katanya.

Pengesanan dan rawatan

Dalam lapan daripada 10 kes, simptom biasa yang dialami itu menandakan pembengkakan prostat, tetapi ia juga boleh menyebabkan keadaan lain yang lebih serius seperti kanser prostat yang memerlukan rawatan segera.

Dapatkan pemeriksaan tahunan. Kebanyakan ujian membantu mengenal pasti masalah dan ujian ini berbeza mengikut pesakit. Beberapa ujian yang biasa dilakukan kepada individu yang mengalami masalah BPH.

Antaranya:

1. Uroflow, ujian aliran kencing.

Pesakit kencing dalam satu alat yang mengukur kelajuan pengaliran air kencing. Aliran yang perlahan biasanya menandakan pembengkakan prostat.

2. Pemeriksaan Rektal Digital (Digital Rectal Exam (DRE).

Biasanya ujian pertama yang dilakukan dengan memasukkan jari yang bersarung getah ke dalam rektum dan merasa bahagian prostat yang bersebelahan dengan rektum. Pemeriksaan ini memberi idea berkenaan saiz dan juga keadaan kelenjar berkenaan.

3. Prostate Specific Antigen (PSA) Blood Test.

Satu ujian darah yang membantu menolak kemungkinan kanser prostat sebagai penyebab. PSA adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh sel prostat, biasanya tinggi di dalam darah seseorang yang menghidap kanser prostat.

4. Ultrabunyi Rectal

Probe (sejenis alat yang terdapat pada mesin ultrabunyi) dimasukkan ke dalam rektum untuk mengeluarkan gelombang bunyi. Corak gema (echo patterns) gelombang bunyi yang terhasil membantu mengesan masalah prostat.

Kedua-dua ujian PSA dan ultrabunyi meningkatkan pengesanan apabila digabungkan dengan saringan DRE. Namun, ujian ini secara perbandingan mempunyai kadar positif palsu yang tinggi.

5. Cystoscopy

Tiub kecil dimasukkan melalui satu pembukaan salur kencing pada zakar selepas bius setempat. Tiub ini dinamakan ‘cystoscope’ yang mempunyai kanta dan sistem pencahayaan yang membantu melihat bahagian dalam salur kencing dan pundi kencing. Cystoscope membantu mengenal pasti saiz kelenjar serta lokasi dan tahap serius penyumbatan.

Seseorang lelaki yang mengalami masalah pembengkakan prostat dengan simptom biasanya memerlukan rawatan pada masa tertentu. Doktor biasanya menasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan apabila gejala menjadi teruk atau menjejaskan kesihatan pesakit.

Antara rawatan yang akan diberikan kepada pesakit (bergantung kepada tahap serius gejala yang dialami):

1. Rawatan ubat-ubatan

Ubat boleh didapati untuk menghalang pengeluaran hormon DHT. Ubat ini boleh mengecut atau sekurang-kurangnya memberhentikan pembengkakan prostat tanpa pembedahan.

Ubat yang bertindak dengan mengendurkan otot prostat dan leher pundi kencing dapat meningkatkan pengaliran urin serta mengurangkan penyekatan pada pembukaan pundi kencing. Ubat-ubatan ini tergolong dalam kumpulan ubat yang dikenali sebagai alpha blockers.

2. Rawatan pembedahan

Pembedahan akan membabitkan pembuangan bahagian kelenjar prostat yang membengkak dan ini akan melegakan penyumbatan serta membolehkan pengosongan pundi kencing sepenuhnya. Ia adalah penyelesaian yang terbaik untuk jangka panjang bagi pesakit dengan pembengkakan prostat.

Cara pembedahan ini termasuk:

- Pembedahan (TURP). Cara ini digunakan dalam 90 peratus daripada semua pembedahan prostat dan tidak memerlukan turisan dari luar. Selepas dibius, pakar bedah memasukkan tiub melalui salur kencing di zakar untuk sampai ke kelenjar prostat.

Pakar bedah menggunakan gelung wayar untuk membuang tisu yang menyebabkan penyumbatan secara sedikit demi sedikit. Prosedur ini kurang mencederakan dan tempoh pemulihan lebih pendek.

- Pembedahan terbuka. Segelintir pesakit tidak dapat menjalani prosedur melalui salur kencing perlu melakukan pembedahan terbuka yang memerlukan turisan dari luar. Pembedahan terbuka biasa digunakan apabila kelenjar terlalu besar, terdapat komplikasi lain atau pundi kencing yang perlu diperbaiki.

- Pembedahan laser. Satu prosedur pembedahan menggunakan fiber laser untuk menyejatkan dan mengecutkan tisu prostat yang menyebabkan penyumbatan. Kelebihan pembedahan laser berbanding dengan TURP adalah ia menyebabkan kurang kehilangan darah.

Fakta:

Beberapa soalan ujian bagi mengenal pasti tahap keseriusan masalah BPH dialami pesakit:

1. Dalam sebulan lalu, berapa kerap anda merasa pundi kencing masih mengandungi air kencing selepas membuang air kencing?

2. Dalam masa sebulan lalu, berapa kerap anda perlu membuang air kecil sekali lagi kurang daripada dua jam selepas selesai membuang air kecil?

3. Dalam masa sebulan lalu, berapa kerap anda berhenti dan bermula semula beberapa kali ketika membuang air kecil?

4. Dalam masa sebulan lalu, berapa kerap anda mendapati sukar untuk menangguhkan pembuangan air kecil?

5. Dalam masa sebulan lalu, berapa kerap anda me­ngalami kelemahan aliran air kencing?

6. Dalam masa sebulan lalu, berapa kerap anda harus meneran untuk memulakan pembuangan air kecil?

7. Dalam masa sebulan lalu, berapa kerap anda bangun untuk membuang air kecil bermula ketika masuk tidur hingga bangun keesokan harinya?
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2015 @ 12:33 PM
JOM FOLLOW KAMI